Wednesday, 9 November 2016

Elly Mazlein bukanlah sesiapa yang perlu diberi perhatian dalam industri muzik dan Ogy rasa sangat bersimpati dengan orang ramai yang begitu taksub mempertahankan Elly Mazlein.“Ancaman Mereka Langsung Tak Terkesan Pada Saya”- Ogy Ahmad Daud

Elly Mazlein bukanlah sesiapa yang perlu diberi perhatian dalam industri muzik dan Ogy rasa sangat bersimpati dengan orang ramai yang begitu taksub mempertahankan Elly Mazlein.“Ancaman Mereka Langsung Tak Terkesan Pada Saya”- Ogy Ahmad Daud




Baru-baru ini trending di sosial media apabila Elly Mazlein menarik diri dari Gegar Vaganza disebabkan tersinggung dengan kata-kata Tok Ram. Namun, disebalik komen simpati netizen di sosial media. Artis legend yang sudah 4 dekad berkecimpung dalam industri seni tampil memberi komen pedas yang membuatkan netizen mengkritik kembali kata-katanya.

Ogy Ahmad Daud walaubagaimanapun tetap dengan kata-katanya terhadap Elly yang dilihat sangat berdrama ketika di pentas nyanyian.

Sebelum ini, Ogy pernah mengeluarkan kata-kata dimana Elly memang patut terkeluar dan apa yang ingin dilihat penonton bukan drama tapi persembahan yang hebat.



Menurut Ogy, dia cukup mengenali Elly Mazlein  dan apa yang dilakukan atas pentas Gegar Vaganza hanya drama semata-mata.

Tambah Ogy, Elly Mazlein bukanlah sesiapa yang perlu diberi perhatian dalam industri muzik dan Ogy rasa sangat bersimpati dengan orang ramai yang begitu taksub mempertahankan Elly Mazlein.



“ Saya sudah 4 dekad dalam industri, pelbagai ancaman sudah saya lalui, apa yang berlaku sekarang, sebarang kritikan negatif orang ramai terhadap saya ibarat hembusan angin sahaja”

“ Langsung tidak memberi kesan apa-apa terhadap saya”

Ogy juga tidak suka melayan komen-komen negatif orang di sosial media terutama netizen yang mindanya masih belum merdeka.

“ Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran sahaja” 

0 comments:

Post a Comment